Wednesday 25 March 2015

Lawatan Bench Marking Trainess From IPG KDRI TESL 2 Semester 2



Bergambar kenangan
25 Mac 2015,  seramai 25 orang pelajar dan seorang pensyarah pengiring dari IPG Kampus Dato' Razali Ismail telah hadir ke SKLJ bagi Lawatan Penanda Aras Sekolah Cemerlang. Majlis yang bermula seawal jam 8.30 pagi  dengan taklimat disertai sesi taklimat oleh Pn.Wati bt Ibrahim, Guru Besar SKLJ. Pelawat kemudian dibawa melawat ke bilik-bilik khas sekolah dan juga beberapa buah kelas ditemani oleh PKHem, Cikgu Tuan Ismariah.

Bersarapan nasi lemak yang disediakan
Pengerusi memulakan majlis
Ketua program menyampaikan ucapan
Pn.Wati memberikan taklimat
Pn.Wati menerima cenderehati dari Pensyarah IPG KDRI
Melawat perpustakaan
Melawat bilik gerakan  i-Think
PKHem menerangkan secara ringkas berkenaan program i-Think
Bergerak ke kelas
Di dalam kelas tahun 2
Menjenguk ke bilik pemulihan
Pn.Wati menyampaikan cenderehati dari SKLJ kepada wakil IPG
Menikmati makan tengahari

Tuesday 24 March 2015

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak SKLJ vs SKGL (Sk Guntong Luar)

24 Mac 2015, pada permainan yang bermula jam 3.00ptg, pasukan bola sepak SKLJ telah berjaya menewaskan pasukan lawan dari SK Guntong Luar dengan jaringan 3-0. Semoga pasukan ini berjaya meneruskan prestasi ini pada perlawanan yang akan datang

Menerima arahan dan taktik dari jurulatih Cikgu Rizal

Memulakan perlawanan


Tuesday 17 March 2015

Teknik Mendidik Anak Cepat Pandai

Pupuk minat membaca anak-anak  seawal mungkin
Teknik ini di ambil dari Jepun, “SHICIDA METHODS “.
Menurut penulis artikel ini, kaedah ini boleh nampak kesannya dalam masa seminggu ia di pratikkan,namun bergantung kepada kebolehan dan keupayaan otak anak-anak anda menerimanya :
1) Sewaktu anak hendak tidur atau tidur-tidur ayam,cakap padanya dengan sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia,dia budak baik,dia anak soleh,dia budak kuat,dia budak pandai dan sebagainya sebab sewaktu tidur-tidur ayam itulah otak kanannya sedang bekerja manakala otak kiri sudah tidur.Tapi kena buat dengan seikhlas hati sebab kalau dalam keadaan marah,ia tidak menjadi.Kalau mereka sudah tidur,cuba ramas-ramas jari atau tangan dia atau picit-picitkan badannya supaya dia kembali dalam keadaan tidur-tidur ayam.Cuba pratikkan pada anak anda khususnya bagi mereka yang liat bangun pagi.Insya-Allah menjadi.
2) Mula guna kad untuk ajar anak anda.Ada peserta yang ajar ABC-Z guna kad dalam masa seminggu sahaja,lepas tu mereka sudah kenal semua huruf dan boleh eja perkataan yang pendek-pendek. Buat atau beli kad banyak-banyak dan tunjuk pada mereka cepat-cepat seperti a..b.c.d . Insya-Allah mereka cepat tangkap sebab bila kita tunjuk laju-laju otak kanan dia akan bekerja keras untuk tangkap apa benda yang ditunjuk.Boleh juga buat atau beli kad 1,2,3 atau gambar-gambar tertentu .
3) Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan,jadi cuba ajar anak anda main tanah liat,main cat air ( water colour ) ,melukis,gunting kertas,origami dan sebagainya.Memang agak leceh dan kena kemas semula,tapi untuk kebaikan anak-anak apa salahnya berkorbansikit.Satu lagi cuba lukis gambar,contohnya rama-rama,tapi hanya sebelah badannya sahaja dan suruh anak-anak sambung lukis ikut apa yang anda lukis dibahagian satu lagi.Ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan.Tahukah anda kenapa orang Cina dan Jepun kebanyakkannya pandai-pandai ? Ini kerana mereka makan menggunakan kayupenyepit.Kayu penyepit mengaktifkan kerja tangan sekaligus membantu menggerakkan otak kanan.
4) Jangan marah-marah atau tengking anak sebab mereka boleh simpan semuanya dalam otak kiri.Kalau tanpa sengaja marah atau menengking mereka,kembali semula ke cara pertama dan minta maaf pada mereka dengan ikhlas.
5) Cuba bina daya imaginasi mereka dengan cara bercerita dan kemudian suruh mereka menyambung semula cerita tersebut.Walaupun cerita itu merapu pun tidak mengapa asalkan mereka punya inisiatif untuk berimaginasi .
6) Main teka-teki dengan mereka.Letakkan satu barang dalam kotak dan kemudian suruh mereka teka apakah barang tersebut.Untuk permulaan,berikan mereka pilihan untuk menggambarkan jenis barang dalam kotak terbabit seperti memberitahu warna,bunyi dansebagainya.Lama- kelamaan mereka boleh bangunkan deria keenam ( Sixth Sense ) dengan menumpukan perhatian kepada benda yang berada dalam kotak terbabit.Ini semua adalah untuk mengaktifkan otak sebelah kanan.Tapi ingat semua permainan yang hendak dilakukan itu hanya boleh dilakukan selama setengah jam sehari.Tidak perlu lama-lama kerana ia boleh menimbulkan rasa bosan.
Sebelum lakukan semua kaedah ini,pastikan anda mempunyai masa yang benar-benar cukup.Pendekatan ini memerlukan keikhlasan dan kesunggguhan. Dalam Islam sendiri pun menggalakkan ibu bapa bercakap dengan anak-anak ketika mereka mahu tidur kerana pada ketika itulah di antara waktu-waktu doa dimakbulkan. Seorang Kaunselor juga memberitahu, jangan suka menyebut JANGAN pada anak-anak kerana apa yang kita sebut itulah yang mereka ikut .Cuba ganti perkataan JANGAN dengan perkataan lain untuk menyampaikan maksud anda,misalnya Tolong senyap Along berbanding Along Jangan bising .
Berikut info tambahan yang turut di peroleh dari akbar berita harian. Semoga tips ini sama2 dapat diamalkan dan berjaya melahirkan lebih ramai cerdik pandai rohani dan jasmani.
***
INFO: Tip untuk ibu bapa
  • Sebaik kandungan mencecah empat bulan, ibu digalakkan baca surah al-Fatihah, ayat Kursi dan surah al-Inshirah. Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan manakala surah al-Inshirah untuk melapangkan hati dan fikiran.
  • Selepas bersalin, baca surah berkenaan ketika menyusukan anak dan dihembuskan di kepala. Ia boleh diteruskan sehingga anak cukup umur.
  • Waktu ketika anak antara sedar dan tidak. Rebut peluang bisikkan kata-kata nasihat, pujian dan pesanan. Ambil masa seminit, dua untuk membacakan doa sambil mengusap kepala mereka selain memberikan nasihat.
  • Doakan kejayaan anak, rakan anak mereka, anak rakan dan jiran.
FAKTA: Rahsia pemakanan ilmuwan Islam
1) Madu – Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.
2) Kismis – Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.
3) Susu segar – Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri – biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.
4) Telur – Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli – ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.
5) Halia - Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan Dimakan sedikit saja pada waktu pagi.
6) Buah Delima - Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”

Kenapa kita membaca Al Quran dari kanan ke kiri?

Membaca Al Quran adalah dari kanan ke kiri. Rahsia yg ramai tak tahu kenapa dan apa manfaatnya.
Tanpa kita sedar ramai manusia masa kini menggunakan hanya otak kiri. Otak kiri kapasiti terhad berbanding otak kanan. Apabila melihat dari kanan ke kiri (spt membaca al quran), otak yg digunakan adalah dari kiri ke kanan. Kerana penglihatan ke kiri dikawal oleh otak kanan dan penglihatan ke kanan di kawal oleh otak kiri.
Betapa Allah mahu kita mengeluarkan potensi diri kita sendiri..

Monday 9 March 2015

Kejohanan Olahraga MSSD Setiu Kali Ke 24 2015

Bermula pada hari ini,9 Mac 2015, bermulanya Kejohanan Olahraga MSSD Setiu Kali ke 24 bertempat di SMK Bukit Nenas, Sekolah Sukan Terengganu. SKLJ menghantar seramai 12 orang murid bersama 3 orang guru pengiring bagi menyertai 6 acara dari acara-acara yang dipertandingkan pada temasya kali ini.Semoga perjuangan pelajar SKLJ di sana akan membawa hasil.


Guru Besar, Pn.Wati Ibrahim turut hadir memberi semangat kepada peserta







Sunday 8 March 2015

Menerima Pengiktirafan Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa 9

TAHNIAH SKLJ!

3 Mac 2015, Guru Besar SKLJ, Pn.Wati Ibrahim dan ditemani Pembantu Tadbir, Pn Norfaezah Arsad telah menghadiri majlis penganugerahan Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa 9 yang telah diadakan di Dewan Za'ba Sektor Pengajian Tinggi, Persint 5, Putrajaya dan disempurnakan oleh Yang Berbahagia, Dato' Sri Dr Khair bin Mohamad Yusof, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Sejumlah 139 sekolah (106 sekolah rendah dan 29 sekolah menengah) menerima anugerah SKK Fasa 9 termasuk SK Lembah Jaya, Setiu.

Pn.Wati Ibrahim bergambar kenangan bersama
Tuan Haji Shafruddin b. Ali Husain, Timbalan Pengarah Pendidikan Terengganu