Tuesday 30 June 2015

Program Dasar Warga Emas Negara (DWEN)

30 Jun 2015 - Bagi menyahut seruan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam usaha mewujudkan hubungan mesra, melahirkan sifat penyayang dan menghargai orang-orang yang kurang berkemampuan dalam kalangan guru dan murid, pihak sekolah telah mengadakan kunjungan mesra ke Penempatan Semula Orang-Orang Miskin, Saujana, Setiu. Kunjungan tersebut disertai oleh 10 orang guru dan 30 murid yang membawa bersama cenderahati berupa  hamper makanan yang disumbangkan oleh guru-guru SKLJ.







Saturday 27 June 2015

Ihya Ramadhan 1436H/2015M

Bersempena dengan kedatangan bulan Ramadhan yang penuh rahmat dan berkat ini, Panitia Pendidikan Islam SK Lembah Jaya telah menjalankan pelbagai aktiviti dalam matlamat melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial selaras dengan falsafah Pendidikan Kebangsaan.


Antara aktivi-aktiviti dirancang dan telah berjalan adalah:

  1. Ceramah Ambang Ramadhan
  2. Tadarus Al-Quran
  3. Tazkirah
  4. Kuiz
  5. Bacaaan Yasin, Solat Hajat, Solat Dhuha
  6. Buletin Ramadhan





















Tuesday 9 June 2015

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan

Kurang lebih seminggu sahaja lagi kita akan menyambut kedatangan Ramadhan al Mubarak. Bersediakah kita?
Bulan yang besar dan penuh keberkatan serta banyak kelebihannya haruslah disambut dengan penuh perasaan ta’zim (membesarkan) dan mengalu-alukannya.
Bulan Ramadhan adalah bulan yang terlalu banyak kelebihannya. Di dalamnya terdapatnya malam lailatul Qadar iaitu malam kemuliaan yang lebih baik dari 1000 bulan.
Pada bulan tersebut Allah membuka pintu syurga, menutup pintu neraka dan mengikat syaitan-syaitan untuk memberi peluang kepada manusia membersihkan diri mereka sebersih-bersihnya.
Amal-amal ibadah dan kebajikan digandakan Allah di mana yang sunat diberi pahala wajib/fardhu dan yang fardhu menyamai 70 fardhu di bulan-bulan yang lain.
Allahumma Ballighna Ramadhan –  merupakan doa dan harapan. Menjadi tanda bagi hamba-hamba yang soleh bahawa mereka mengidam dan tamakkan limpahan Allah dalam bulan ini (Rahmat, Keampunan, Pelepasan dari Neraka).
Kita mesti sentiasa berjaga-jaga agar peluang ini tidak disia-siakan atau berlalu tanpa dimanfaatkan.
Maka bagaimanakah caranya kita menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini? Persediaan yang rapi dan terancang sangat penting dalam menjayakan Ramdhan kali ini.
Janganlah sia-siakan peluang kali ini kerana entah-entah inilah Ramadhan terakhir buat kita.  

Mari kita rebut peluang ini!

  • Firstly, sebagai muslim yang benar-benar prihatin dengan kehadiran Ramadhan, kita hendaklah menjaga kesihatan kita sebaik mungkin, supaya kita tidak terlepas peluang untuk melakukan ibadat. Bukankah ini bulan untuk mengumpul pahala sebanyak mungkin? Oleh itu, jagalah kesihatan supaya kita tidak miss melakukan ibadah seperti solat tarawikh.
  • Menyemak semula hukum-hakam yang berkaitan dengan pengertian puasa, hikmah, rukun dan perkara-perkara yang membatalkan puasa agar ibadah yang dilalui tidak sia-sia.
  • Mengambil tahu amalan-amalan sunat yang sangat digalakkan ketika berpuasa seperti membaca al-quran, bersedekah dan membantu golongan yang susah. Di samping itu hendaklah juga mengetahui fatwa-fatwa berkaitan dengan permasalahan semasa yang berkaitan dengan puasa.
  • Menanamkan keazaman dengan penuh ikhlas untuk menumpukan sepenuhnya bulan ini dengan amal ibadah. Kehadiran ke masjid bukan kerana malu kepada orang ramai tetapi benar-benar mengharapkan pengampunan dari Allah Taala :)
  • Sentiasa berdoa Allahumma Ballighna Ramadhan
  • Mujahadah untuk bangun malam (beberapa kali seminggu). Supaya kita tidak liat lagi bangun malam di bulan Ramadhan
  • Menjaga lidah dari perkara keji seperti mengumpat dan mencaci. Yang mana suka banyak cakap tu, eloklah mula diam dari bercakap perkara yang sia-sia. Ingat, semakin banyak percakapan kita, semakin banyak silap yang kita lakukan.
  • Mengingatkan orang lain tentang kepentingan membuat persediaan menyambut Ramadhan
  • Membuat semakan amalan di bulan Ramadhan tentang segala yang dibincangkan diatas
Para sahabat yang bersama dengan Rasulullah s.a.w dididik menyambut dan menanti Ramadhan dengan penuh kerinduan dan kecintaan. Ini terbukti dengan doa mereka selama enam bulan sebelum Ramadhan menharap agar bertemu dengannya.
Kemudiannya, enam bulan selepas Ramadhan pula disi dengan tangisan kerana berlalunya Ramadhan.
Saudara yang mulia, bagaimanakah kita?

dipetik dari: http://akuislam.com/blog/mauidzah/menghadapi-ramadhan/

Monday 1 June 2015