Sekolah Kebangsaan Lembah Jaya sekali lagi telah mengadakan sukan tahunan untuk kali ke 9 pada 12 dan 13 Ogos 2015 bertempat di perkarangan padang sekolah SKLJ. Temasya sukan tersebut telah dirasmikan oleh Pegawai Sukan Daerah PPD Setiu; Tuan Haji Rosmadi bin Haji Nasir.
Pelbagai acara telah dipertandingkan sama ada acara padang seperti lompat jauh, lontar peluru, larian dan sebagainya. Begitu juga dalam acara sukaneka. Acara-acara ini adalah mengikut sistem mata rumah sukan.
Temasya sukan tersebut telah berlangsung dengan jayanya. Ditambah dengan semangat kesukanan murid-murid dan guru-guru sebagai pengurus rumah sukan. Ibu bapa juga turut memeriahkan suasana dengan mengambil beberapa acara seperti acara kukur kelapa dan rakit darat. Sememangnya mereka sangat
sporting!
Sepanjang temasya sukan berlangsung juga diselang-selikan dengan acara nombor bertuah. Antara cabutan nombor bertuah akan mendapat hamper makanan,
tupperware atau minyak masak Saji!
Rumah Hijau menggungguli antara semua rumah
sesuai dengan taglinenya "Hijau Sapu Bersih !" Temasya sukan berakhir
pada jam kurang lebih pukul 06.00 petang. Terima kasih untuk semua yang
terlibat dari awal hingga akhir acara. Semoga temasya sukan tahunan SKLJ
akan datang berlangsung dengan lebih meriah dan lebih lagi dari
pelbagai segi.
Salam ikhlas dari kami warga SKLJ....... ;-)