Saturday 31 October 2015

Monday 12 October 2015

Jaringan Antara Sekolah Kluster Kecemerlangan - SK Fikri Sungai Tong

8 Oktober 2015 - Jawatankuasa Kebitaraan Bola Tampar Sk Lembah Jaya bergerak lagi dalam menjayakan Jaringan Antara SKK. Kali ini pasukan bola tampar SKLJ mengunjungi SK Fikri Sungai Tong yang telah terkenal di daerah Setiu dalam permainan bola tamparnya. Dalam harapan agar setiap aspek permainan bola tampar SKLJ  dapat dipertingkatkan lagi, kunjungan ini  sememangnya telah mencapai objektif.












PROGRAM JARINGAN SKK - REVEALING THE BEAUTY OF ENGLISH 2015

7 Oktober 2015 - Jawatankuasa Kebitaraan Bahasa Inggeris SK Lembah Jaya dan  Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Sultan Mizan, Besut telah bekerjasama menganjurkan program "Revealing The Beauty of English 2015" bertempat di SK Lembah Jaya.

Program yang bermula pada jam 8.00 pagi tersebut disertai oleh semua murid tahap 2 dan semua guru SKLJ dengan objektif bagi menggalakkan murid-murid menguasai kosa kata Bahasa Inggeris dengan menggunakan 'Big Book' dalam setiap aktiviti yang diadakan.