Monday 23 November 2015

Program YAB Dato' Seri Menteri Besar Bersama Dengan Guru Besar Sekolah-Sekolah Negeri Terengganu 2015 Di Hotel Primula

Pada 23 November 2015, Program YAB Dato' Seri Menteri Besar bersama dengan Guru Besar Sekolah-Sekolah Negeri Terengganu telah diadakan di Hotel Primula Kuala Terengganu. Sekolah Lembah Jaya merupakan salah satu daripada 21 buah sekolah yang terpilih menerima inisiatif RM2000 daripada kerajaan negeri untuk 100% Lulus Semua Mata Pelajaran (LSMP). Tahniah kepada semua warga SKLJ.





Tuesday 17 November 2015

Hari Keputusan UPSR 2015

Pada 17 November 2015, keputusan UPSR telah diumumkan. Seramai 8 orang murid telah mendapat 5A. YB Dato' Sabri Mohd Noor selaku Penaung PIBG Sekolah telah berbesar hati menyumbangkan RM1000 kepada setiap murid yang mendapat keputusan 5A. Murid tahun 6 diraikan dalam majlis sederhana tapi meriah bersama isteri YB Dato' Sabri Bin Mohd Noor, Toh Puan Rohashidah. Tahniah dan Syabas.



























Monday 16 November 2015

Hari Anugerah Kecemerlangan 2015

Pada 16 November 2015, SK Lembah Jaya telah mengadakan hari Anugerah Kecemerlangan 2015. Pengiktirafan diberikan kepada semua murid yang telah mendapat kejayaan dalam peperiksaan akhir tahun 2015. Hari Anugerah telah dirasmikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Setiu. Tahniah dan syabas kepada semua murid SK Lembah Jaya.

 

 









  

 


Monday 2 November 2015

Kejohanan Bola Tampar Sekolah-Sekolah Zon Setiu Selatan

Pada 27 Oktober 2015, Unit Kebitaraan Bola Tampar SK Lembah Jaya telah menganjurkan kejohanan bola tampar bagi sekolah zon Setiu selatan. Kejohanan tersebut disertai oleh 9 buah sekolah dari daerah Setiu termasuk SK Lembah Jaya dan sebuah sekolah jemputan khas dari daerah Besut iaitu SK Kg Raja. Sekolah lain yang menyertai adalah SK Fikri Sg Tong, SK Jelapang, Sk Fikri  Pantai, SK Merang, SK Banggol, SK Kg Buluh dan SK Saujana. Bagaimanapun SK Saujana telah menarik diri pada saat-saat akhir kerana masalah yang tidak dapat dielakkan.

Kejohanan tersebut bermula pada jam 9 pagi dan berakhir pada 6 petang dengan tempat pertama jatuh kepada SK Fikri Sg Tong bagi kategori lelaki dan perempuan diikuti dengan SK Kg Raja di tempat kedua juga bagi kedua-dua kategori dan ketiga bersama lelaki SK Kg Buluh dan SK Lembah Jaya, manakala tempat ketiga bersama perempuan jatuh kepada SK Lembah Jaya dan SK Banggol.

Terima kasih kepada semua yang menjayakan Kejohanan tersebut.