Thursday 28 January 2016

Gotong Royong Bagi Membasmi Aedes

28 Januari 2016 - Bagi menyahut seruan kerajaan untuk menjaga persekitaran tempat tinggal juga tempat kerja dalam mencegah penularan wabak denggi yang semakin bertambah, guru dan murid-murid SK Lembah Jaya telah bersama-sama mengadakan gotong royong di peringkat sekolah. Murid dibahagikan mengikut tahap dan membersih sampah serta membuang tempat yang boleh menjadi lokasi pembiakan nyamuk aedes.














Wednesday 27 January 2016

Kursus Pembugaran i-Think

27 Januari 2016 - Jawatankuasa Program i-Think telah menganjurkan Kursus Pembugaran i-Think bertempat di Bilik i-Class SKLJ pada pukul 2.30petang-4.30petang. Kursus yang dihadiri oleh semua guru SKLJ diadakan bagi mengemaskan lagi kebolehupayaan guru dalam menjalankan program i-Think dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran.












Monday 25 January 2016

Kejohanan Merentas Desa Tahun 2016

21 Januari 2016 - Unit Kokurikulum Sekolah Lembah Jaya telah mengadakan kejohanan Merentas Desa bagi tahun 2016. Kejohanan ni melibatkan semua murid PraSekolah dan murid Tahun 1 sehingga Tahun 6. Kejohanan ini diadakan bagi menggalakkan murid-murid melibatkan diri dalam aktiviti luar kelas. Ini dapat memperkembangkan potensi sukan dikalangan pelajar sekolah serta memberi peluang kepada murid-murid menyertai aktiviti anjuran sekolah. Kejohanan ini dapat membina gaya hidup sihat dikalangan semua yang terlibat. Pihak Sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada anggota Unit trafik Pejabat Polis Daerah Setiu, Pengawal keselamatan, dan mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan kejohanan ini. "Satu Murid Satu Sukan. Majulah Sukan Untuk Negara".













Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber Sesi 2016

17 Januari 2016 - Majlis Watikah Pelantikan Bagi Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber telah diadakan di Dewan SKLJ. Penganugerahan Watikah telah disempurnakan oleh Sarjan Mohamad bin Ismail, Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti IPD Setiu.
Tahniah kepada semua pelajar yang dilantik dan semoga dapat menjalankan tugas dengan dedikasi dan sempurna.







Persekolahan 2016 dan Transisi Tahun 1

3 Januari 2016 - Bermulanya sesi baru persekolahan bagi pelajar dan juga guru SK Lembah Jaya. Semoga tahun baru ini memberikan lebih kejayaan kepada SKLJ dan semua warganya. Insyaallah.



Puan Guru Besar dan guru menyambut ketibaan murid-murid pada hari pertama persekolahan


Wakil dari PPD Setiu turut hadir bagi memberi semangat kepada para pelajar


Ibu bapa yang hadir menemani anak-anak di tahun 1