18 April 2016 - Bilik i-Kelas SK Lembah Jaya telah dirasmikan oleh ADUN Langkap iaitu YB Dato' Haji Sabri bin Mohd Noor.
i-Kelas merupakan kelas maya yang disumbangkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu kepada sekolah-sekolah terpilih bagi kegunaan guru serta pelajarnya. Sumbangan termasuk 36 set kerusi dan meja komputer, 36 unit tablet dengan 1 charging chart, 1 unit PC Desktop untuk guru dan 1 unit SMART projektor. Pada majlis perasmian ini juga, YB Dato' telah bersetuju untuk menyumbangkan 2 unit penyaman udara untuk dipasang di dalam bilik i-Kelas.
Jutaan terima kasih kepada Dato' Haji Sabri atas kesudian merasmikan bilik i-Kelas ini dan sumbangan penyaman udara tersebut.