Kurang lebih seminggu sahaja lagi kita akan menyambut kedatangan Ramadhan al Mubarak. Bersediakah kita?
Bulan yang
besar dan penuh keberkatan serta banyak kelebihannya haruslah disambut
dengan penuh perasaan ta’zim (membesarkan) dan mengalu-alukannya.
Bulan
Ramadhan adalah bulan yang terlalu banyak kelebihannya. Di dalamnya
terdapatnya malam lailatul Qadar iaitu malam kemuliaan yang lebih baik
dari 1000 bulan.
Pada bulan
tersebut Allah membuka pintu syurga, menutup pintu neraka dan mengikat
syaitan-syaitan untuk memberi peluang kepada manusia membersihkan diri
mereka sebersih-bersihnya.
Amal-amal
ibadah dan kebajikan digandakan Allah di mana yang sunat diberi pahala
wajib/fardhu dan yang fardhu menyamai 70 fardhu di bulan-bulan yang
lain.
Allahumma Ballighna Ramadhan
– merupakan doa dan harapan. Menjadi tanda bagi hamba-hamba yang soleh
bahawa mereka mengidam dan tamakkan limpahan Allah dalam bulan ini
(Rahmat, Keampunan, Pelepasan dari Neraka).
Kita mesti sentiasa berjaga-jaga agar peluang ini tidak disia-siakan atau berlalu tanpa dimanfaatkan.
Maka
bagaimanakah caranya kita menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia
ini? Persediaan yang rapi dan terancang sangat penting dalam menjayakan
Ramdhan kali ini.
Janganlah sia-siakan peluang kali ini kerana entah-entah inilah Ramadhan terakhir buat kita.
Mari kita rebut peluang ini!
- Firstly, sebagai muslim yang benar-benar prihatin dengan kehadiran Ramadhan, kita hendaklah menjaga kesihatan kita sebaik mungkin, supaya kita tidak terlepas peluang untuk melakukan ibadat. Bukankah ini bulan untuk mengumpul pahala sebanyak mungkin? Oleh itu, jagalah kesihatan supaya kita tidak miss melakukan ibadah seperti solat tarawikh.
- Menyemak semula hukum-hakam yang berkaitan dengan pengertian puasa, hikmah, rukun dan perkara-perkara yang membatalkan puasa agar ibadah yang dilalui tidak sia-sia.
- Mengambil tahu amalan-amalan sunat yang sangat digalakkan ketika berpuasa seperti membaca al-quran, bersedekah dan membantu golongan yang susah. Di samping itu hendaklah juga mengetahui fatwa-fatwa berkaitan dengan permasalahan semasa yang berkaitan dengan puasa.
- Menanamkan keazaman dengan penuh ikhlas untuk menumpukan sepenuhnya bulan ini dengan amal ibadah. Kehadiran ke masjid bukan kerana malu kepada orang ramai tetapi benar-benar mengharapkan pengampunan dari Allah Taala :)
- Sentiasa berdoa Allahumma Ballighna Ramadhan
- Mujahadah untuk bangun malam (beberapa kali seminggu). Supaya kita tidak liat lagi bangun malam di bulan Ramadhan
- Menjaga lidah dari perkara keji seperti mengumpat dan mencaci. Yang mana suka banyak cakap tu, eloklah mula diam dari bercakap perkara yang sia-sia. Ingat, semakin banyak percakapan kita, semakin banyak silap yang kita lakukan.
- Mengingatkan orang lain tentang kepentingan membuat persediaan menyambut Ramadhan
- Membuat semakan amalan di bulan Ramadhan tentang segala yang dibincangkan diatas
Para sahabat yang bersama dengan Rasulullah s.a.w dididik menyambut dan menanti Ramadhan dengan penuh kerinduan dan kecintaan. Ini terbukti dengan doa mereka selama enam bulan sebelum Ramadhan menharap agar bertemu dengannya.
Kemudiannya, enam bulan selepas Ramadhan pula disi dengan tangisan kerana berlalunya Ramadhan.
Saudara yang mulia, bagaimanakah kita?
dipetik dari: http://akuislam.com/blog/mauidzah/menghadapi-ramadhan/
0 comments:
Post a Comment