Wednesday 29 April 2015

'English Carnival' Peringkat Daerah Setiu & Bicara Berirama

29 Apr 2015 - Tahniah kepada dua pelajar SKLJ iaitu Uzma Muzfirah Mat Rahimi and Nor Aishah Mohd Naim kerana telah meraih tempat pertama bagi kategori 'Poetry Recitation' pada 'English Carnival' yang dijalankan di SK Putera Jaya.

Teruskan kecemerlangan SKLJ!






___________________________________________________________________________
29 April 2015 - Pasukan Bicara Berirama SKLJ telah mewakili Daerah Setiu ke Peringkat Negeri, walaupun membuat persembahan yang sangat baik dan menarik, tetapi nasib tidak menyebelahi pasukan sekolah. Apapun tahniah juga kerana berjaya ke peringkat tersebut.

Anda tetap hebat!








Monday 20 April 2015

Kejohanan Bola Tampar MSSD Setiu

20 April 2015, bertempat di SMK Bukit Nenas, pasukan bola tampar lelaki SKLJ telah menyertai Kejohanan Bola Tampar MSSD Setiu yang bermula pada hari ini.

Berkat usaha gigih jurulatih dan pemain, pasukan sekolah telah berjaya mendapat tempat ketiga pada pertandingan tersebut. Semoga pencapaian ini akan menjadi titik tolak untuk kejayaan yang lebih cemerlang pada kejohanan akan datang.

Tahniah!










Saturday 18 April 2015

Tuesday 14 April 2015

Wednesday 8 April 2015

Pelancaran Program I-Think dan Pelancaran Program Nilam

8 April 2015 - Pelancaran Program NILAM dan juga i-Think telah diadakan di SKLJ dengan penglibatan semua guru dan murid. Program NILAM diadakan pada sebelah pagi, manakala i-Think diadakan pada sebelah petang.  Program NILAM diwujudkan bagi melahirkan dan menggalakkan minat membaca  manakala program i-Think pula bagi mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir di kalangan murid sekolah.

PELANCARAN PROGRAM NILAM







PELANCARAN PROGRAM I-THINK











Monday 6 April 2015

Program Pengukuhan Bahasa Inggeris YDSM - Pertandingan Smart English Zon Setiu Selatan


4 April 2015 - Bertempat di SK Lembah Jaya sebagai tuan rumah, Program Pengukuhan Bahasa Inggeris YDSM  Pertandingan Smart English Zon Setiu Selatan telah diadakan. Sebanyak 11 buah sekolah telah menyertai pertandingan ini dan telah dimenangi oleh SK Putera Jaya, tempat kedua pula jatuh kepada SK Lembah Jaya dan ketiga SK Kg Buloh.