Pada 16 dan 17 Oktober 2015, Jawatankuasa Kebitaraan Bola Tampar SK Lembah Jaya telah menyertai Karnival Bola Tampar Sekolah-Sekolah Kluster Kecemerlangan Peringkat Kebangsaan 2015 yang telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Parit Haji Adnan, Pontian, Johor.
Saturday 31 October 2015
Monday 12 October 2015
Jaringan Antara Sekolah Kluster Kecemerlangan - SK Fikri Sungai Tong
8 Oktober 2015 - Jawatankuasa Kebitaraan Bola Tampar Sk Lembah Jaya bergerak lagi dalam menjayakan Jaringan Antara SKK. Kali ini pasukan bola tampar SKLJ mengunjungi SK Fikri Sungai Tong yang telah terkenal di daerah Setiu dalam permainan bola tamparnya. Dalam harapan agar setiap aspek permainan bola tampar SKLJ dapat dipertingkatkan lagi, kunjungan ini sememangnya telah mencapai objektif.
PROGRAM JARINGAN SKK - REVEALING THE BEAUTY OF ENGLISH 2015
7 Oktober 2015 - Jawatankuasa Kebitaraan Bahasa Inggeris SK Lembah Jaya dan Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Sultan Mizan, Besut telah bekerjasama menganjurkan program "Revealing The Beauty of English 2015" bertempat di SK Lembah Jaya.
Program yang bermula pada jam 8.00 pagi tersebut disertai oleh semua murid tahap 2 dan semua guru SKLJ dengan objektif bagi menggalakkan murid-murid menguasai kosa kata Bahasa Inggeris dengan menggunakan 'Big Book' dalam setiap aktiviti yang diadakan.