Thursday 23 November 2017

Perarakan Maulidur Rasul 1439/2017

23 November 2017 - Bagi mengingati hari kelahiran junjungan mulia Rasulullah S.A.W, Panitia Agama Islam menjalankan perarakan yang hanya dapat dilakukan dalam kawasan sekolah lantaran hujan lebat yang mencurah-curah. Walaubagaimanapun, perarakan berjalan dengan lancar dan diharap dapat meninggalkan kesan ke dalam diri pelajar dan juga guru.













Wednesday 22 November 2017

Majlis Persaraan Pn. Wati dan Pn Nora

22 November 2017 - Pn. Wati bt Ibrahim dan Pn.Nora bt Musa, antara guru yang paling disayangi oleh semua warga SK Lembah Jaya, telah menamatkan perkhidmatan mereka setelah sekian lama menabur bakti dan mengabdikan diri dalam dunia pendidikan. Adat pertemuan, pasti akan disusuli perpisahan, hanya doa yang mengiringi langkah, semoga berjaya dunia dan akhirat dan sentiasa berada dalam lindungan serta rahmat dari Allah S.W.T.

Selamat bersara....segala  budi dan jasa akan sentiasa dalam ingatan.
Gurau senda akan menjadi kenang-kenangan.

.....biarlah gambar berbicara...


























  


  







Tuesday 21 November 2017

Hari Anugerah Kecemerlangan 2017

21 November 2017 - Majlis tahunan, Hari Anugerah Kecemerlangan 2018 bagi meraikan pencapaian para pelajar dalam bidang akademik dan juga kokurikulum telah berjaya dilangsungkan di Dewan Gemilang SKLJ. Tahniah kepada semua yang berjaya dan juga kepada semua jawatankuasa yang bertungkus lumus dalam menjayakan majlis ini. 

Keep it up!








Ucapan Puan Guru Besar, Teacher Wati

Tuan Hj Juhari, YDP PIBG menyampaikan ucapan beliau

Pegawai Perhubungan Sekolah, PPD Setiu, Miss Khairiah berucap

Persembahan dikir barat dari Pasukan Dikir Barat SKLJ