Thursday 20 April 2017

MTQ Peringkat Daerah

Alhamdulillah dan tahniah kepada adik Damia dan adik Syafiqah kerana telah terpilih menyertai pertandingan MTQ Peringkat Daerah yang mana Damia telah berjaya menjadi Johan bagi Hafazan Perempuan dan Syafiqah mendapat saguhati bagi kategori bercerita perempuan.

Tahniah juga kepada semua Ustaz dan Ustazah yang bertungkus lumus memberi tunjuk ajar kepada kedua-dua peserta.



Wednesday 19 April 2017

Perarakan Appresiasi Unit Beruniform

18 April 2017 - Unit Beruniform SKLJ yang terdiri daripada Pengakap, Tunas Pandu Puteri dan Puteri Islam telah berjaya mengadakan perarakan unit beruniform yang bermula dari sekolah dan berakhir di Padang Awam Sungai Tarom, Setiu. Perarakan yang disertai oleh semua anggota unit dan guru-guru pemimpin telah bermula pada pukul 3.30 dan berakhir pada 4.30 petang.




























Tuesday 11 April 2017

Pertandingan YDSM Peringkat Zon Setiu Selatan

11 April 2017 - Pertandingan YDSM Peringkat Zon Selatan telah diadakan dengan SKLJ menjadi tuan rumah pada tahun ini. Disertai oleh 11 buah sekolah bagi peringkat zon selatan ini dan johan pada tahun ini dirangkul oleh SK Kg Rahmat diikuti oleh naib johan SK Lembah Jaya manakala tempat ketiga SK Kg Buloh.

Terima kasih kepada semua sekolah yang menyertai.






























Monday 10 April 2017

MTQ Peringkat Zon Setiu Selatan

10 April 2017 - Bertempat di SK Bintang, Setiu, SKLJ telah menghantar peserta ke pertandingan MTQ Peringkat Zon Setiu Selatan.
Tahniah kepada semua peserta yang telah berjaya menyertai dan guru-guru yang telah membawa pulang keputusan yang agak membanggakan iaitu:

  1. Johan Hafazan Perempuan
  2. Johan Bercerita Perempuan
  3. No. 3 Tilawah Lelaki
  4. No. 4 bercerita Lelaki
Tahniah kepada semua dan semoga penyertaan tahun-tahun akan datang akan lebih membuahkan kejayaan lagi. Insyaallah.