Monday 21 September 2015

15 September 2015 - Jaringan antara sekolah kluster kali ini membawa SK Lembah Jaya ke SK Dusun, Hulu Terengganu. Rombongan yang diketuai oleh Guru Penyelaras SKK Cikgu Che Daud Che Mat tiba di SK Dusun bagi mengadakan perlawanan persahabatan bola tampar antara kedua-dua sekolah dan bertukar-tukar pendapat bagi meningkatkan lagi mutu permainan bola tampar pasukan SK Lembah Jaya dan juga SK Dusun.


















Wednesday 16 September 2015

Karnival Bijak Prasekolah

14 September 2015 - Karnival Bijak Prasekolah Peringkat Daerah Setiu 2015 telah diadakan di SK Guntong. Karnival tersebut melibatkan 2 acara iaitu Funball (Bola Jaring)  dan Futsal. 3 orang pelajar pra SK Lembah Jaya telah terpilih bagi mewakili Zon Setiu Selatan dalam permainan futsal.

Zon Setiu Selatan berjaya menduduki tempat ketiga bagi kedua-dua acara tersebut.












Monday 7 September 2015

UPSR 2015 - Kehadiran Tuan PPD ke SKLJ

8 September 2015 - Hari ini bermulanya peperiksaan UPSR untuk murid-murid tahun 6 di seluruh negara. Tuan KPPD Pejabat Pendidikan Daerah Setiu telah hadir ke SKLJ seawal pagi bagi memberi semangat kepada guru dan murid sekolah ini agar dapat mengekalkan kecemerlangan yang telah diraih.

Terima kasih kepada TUAN HAJI KIPAYATU ALLAH BIN DATO' MOHD SAID kerana sudi hadir ke sekolah kami.

Selamat berjaya kepada semua pelajar tahun 6 SK Lembah Jaya. Semoga Allah merahmati usaha kita semua.