Saturday 19 December 2015

Penanda Aras Guru Besar, Guru-Guru dan Kakitangan SK Permaisuri, Setiu

16 Disember 2015 -  Rombongan dari SK Permaisuri yang terdiri daripada Guru Besar dan guru-guru serta kakitangan sokongan telah hadir ke SK Lembah Jaya bagi mengadakan Program Penanda Aras bagi SK Permaisuri. Program yang bermula pada jam 8.30 pagi itu dijayakan oleh GB SK Lembah Jaya, Pn Wati bt Ibrahim sebagai fasilitator yang menurunkan resepi kejayaan yang telah dicapai oleh SK Lembah Jaya.