Saturday, 27 June 2015

Ihya Ramadhan 1436H/2015M

Bersempena dengan kedatangan bulan Ramadhan yang penuh rahmat dan berkat ini, Panitia Pendidikan Islam SK Lembah Jaya telah menjalankan pelbagai aktiviti dalam matlamat melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial selaras dengan falsafah Pendidikan Kebangsaan.


Antara aktivi-aktiviti dirancang dan telah berjalan adalah:

  1. Ceramah Ambang Ramadhan
  2. Tadarus Al-Quran
  3. Tazkirah
  4. Kuiz
  5. Bacaaan Yasin, Solat Hajat, Solat Dhuha
  6. Buletin Ramadhan





















Tuesday, 9 June 2015

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan

Kurang lebih seminggu sahaja lagi kita akan menyambut kedatangan Ramadhan al Mubarak. Bersediakah kita?
Bulan yang besar dan penuh keberkatan serta banyak kelebihannya haruslah disambut dengan penuh perasaan ta’zim (membesarkan) dan mengalu-alukannya.
Bulan Ramadhan adalah bulan yang terlalu banyak kelebihannya. Di dalamnya terdapatnya malam lailatul Qadar iaitu malam kemuliaan yang lebih baik dari 1000 bulan.
Pada bulan tersebut Allah membuka pintu syurga, menutup pintu neraka dan mengikat syaitan-syaitan untuk memberi peluang kepada manusia membersihkan diri mereka sebersih-bersihnya.
Amal-amal ibadah dan kebajikan digandakan Allah di mana yang sunat diberi pahala wajib/fardhu dan yang fardhu menyamai 70 fardhu di bulan-bulan yang lain.
Allahumma Ballighna Ramadhan –  merupakan doa dan harapan. Menjadi tanda bagi hamba-hamba yang soleh bahawa mereka mengidam dan tamakkan limpahan Allah dalam bulan ini (Rahmat, Keampunan, Pelepasan dari Neraka).
Kita mesti sentiasa berjaga-jaga agar peluang ini tidak disia-siakan atau berlalu tanpa dimanfaatkan.
Maka bagaimanakah caranya kita menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini? Persediaan yang rapi dan terancang sangat penting dalam menjayakan Ramdhan kali ini.
Janganlah sia-siakan peluang kali ini kerana entah-entah inilah Ramadhan terakhir buat kita.  

Mari kita rebut peluang ini!

  • Firstly, sebagai muslim yang benar-benar prihatin dengan kehadiran Ramadhan, kita hendaklah menjaga kesihatan kita sebaik mungkin, supaya kita tidak terlepas peluang untuk melakukan ibadat. Bukankah ini bulan untuk mengumpul pahala sebanyak mungkin? Oleh itu, jagalah kesihatan supaya kita tidak miss melakukan ibadah seperti solat tarawikh.
  • Menyemak semula hukum-hakam yang berkaitan dengan pengertian puasa, hikmah, rukun dan perkara-perkara yang membatalkan puasa agar ibadah yang dilalui tidak sia-sia.
  • Mengambil tahu amalan-amalan sunat yang sangat digalakkan ketika berpuasa seperti membaca al-quran, bersedekah dan membantu golongan yang susah. Di samping itu hendaklah juga mengetahui fatwa-fatwa berkaitan dengan permasalahan semasa yang berkaitan dengan puasa.
  • Menanamkan keazaman dengan penuh ikhlas untuk menumpukan sepenuhnya bulan ini dengan amal ibadah. Kehadiran ke masjid bukan kerana malu kepada orang ramai tetapi benar-benar mengharapkan pengampunan dari Allah Taala :)
  • Sentiasa berdoa Allahumma Ballighna Ramadhan
  • Mujahadah untuk bangun malam (beberapa kali seminggu). Supaya kita tidak liat lagi bangun malam di bulan Ramadhan
  • Menjaga lidah dari perkara keji seperti mengumpat dan mencaci. Yang mana suka banyak cakap tu, eloklah mula diam dari bercakap perkara yang sia-sia. Ingat, semakin banyak percakapan kita, semakin banyak silap yang kita lakukan.
  • Mengingatkan orang lain tentang kepentingan membuat persediaan menyambut Ramadhan
  • Membuat semakan amalan di bulan Ramadhan tentang segala yang dibincangkan diatas
Para sahabat yang bersama dengan Rasulullah s.a.w dididik menyambut dan menanti Ramadhan dengan penuh kerinduan dan kecintaan. Ini terbukti dengan doa mereka selama enam bulan sebelum Ramadhan menharap agar bertemu dengannya.
Kemudiannya, enam bulan selepas Ramadhan pula disi dengan tangisan kerana berlalunya Ramadhan.
Saudara yang mulia, bagaimanakah kita?

dipetik dari: http://akuislam.com/blog/mauidzah/menghadapi-ramadhan/

Monday, 1 June 2015

Wednesday, 27 May 2015

Monday, 18 May 2015

Sambutan Hari Guru 2015

Isnin, 18 Mei 2015 - Sempena meraikan hari guru yang lazimnya disambut pada 16 Mei setiap tahun, pelbagai aktiviti telah dijalankan oleh guru-guru dan murid SK Lembah Jaya.


Bacaan Al-Quran daripada adik Aleya Nurul Hannah
Guru Membaca Ikrar






PK 1 membaca perutusan dari Menteri Pendidikan Malaysia

PK Hem membaca perutusan dari  KPPM

Cikgu Kamaruddin membaca perutusan dari MB Terengganu

Cikgu Tuan Minah membaca perutusan dari Pengarah Pendidikan JPNT

Wakil pelajar memberi ucapan sempena hari guru


Bersemangat bermain sukaneka














Saturday, 16 May 2015

Gotong Royong Perdana Peringkat Negeri Terengganu

16 Mei 2015, Sabtu - Bagi menyahut dan menyokong agenda Kerajaan Negeri Terengganu, SK Lembah Jaya telah berjaya mengadakan program Gotong Royong Perdana Peringkat Negeri Terengganu yang bertemakan: Transformasi Terengganu Terbersih : Sekolah Terbersih.

Program ini telah berjaya dijalankan dengan sokongan penuh dari semua guru dan kakitangan SK Lembah Jaya serta ibu bapa dan juga murid yang telah terlibat. Program bermula seawal 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengahari. Terima kasih kepada semua yang telah melibatkan diri.



Wednesday, 13 May 2015

Selamat Hari Guru 2015



Senarai Tema Hari Guru Malaysia
2015 Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak
2014 Guru : Pencetus Kreativiti Penjana Inovasi
2013 Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda
2012 Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
2011 Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
2010 Guru Pembina Negara Bangsa
2009 Guru Pembina Negara Bangsa
2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang
2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1975 Guru dan Pembangunan Negara
1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara


Monday, 11 May 2015

Anugerah Tawaran Baharu Guru Besar tahun 2014

Tahniah kepada semua warga SKLJ terutama kepada Guru Besar,  Puan Wati binti Ibrahim kerana telah menerima satu lagi pengiktirafan iaitu Anugerah Tawaran Baharu Guru Besar Tahun 2014 NKRA Pendidikan. Majlis Anugerah tersebut telah diadakan di Dewan Seri Endon, Puspanita, Putrajaya dan disempurnakan oleh YAB Tan Sri Dato Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yasin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pendidikan. Seramai 27 orang Guru Besar dari negeri Terengganu termasuk 7 orang dari daerah Setiu turut menerima anugerah berkenaan. Semoga anugerah ini akan menjadi pendorong untuk seluruh warga SKLJ bagi mengembleng tenaga dalam mencapai kejayaan di masa-masa akan datang. 

Tahniah SKLJ!


Guru Besar SKLJ, Pn Wati bergambar bersama guru besar sekolah dari daerah Setiu yang
turut menerima anugerah yang sama









Sunday, 10 May 2015

Naib Johan Majlis Tilawah Al-Quran Pendidikan Khas Kebangsaan Kali Ke-12

Sekalung tahniah kepada adik Aleya Nurul Hannah binti Nizulkeman kerana telah menjadi Naib Johan dalam  Majlis  Tilawah Al-Quran Pendidikan Khas Kebangsaan kali ke-12 yang telah diadakan di Politeknik Sultan Ahmad Shah, Sabak Bernam, Selangor, pada 5-8 Mei 2015