Sunday, 6 September 2015

Penyampaian Hadiah Soccerkid Prasekolah dan Pertandingan Sempena Sambutan Kemerdekaan

Ahad, 6 September 2015 - Pada perhimpunan mingguan, guru besar telah menyampaikan pingat dan hadiah kepada pelajar prasekolah yang telah menyertai pertandingan Soccerkid dan Bola Jaring Prasekolah yang telah berlangsung pada 2 dan 3 September yang lepas. Dalam perlawanan Soccerkid , Prasekolah SKLJ menduduki tempat ketiga manakala pasukan bola jaring SKLJ hanya berpuas hati dengan membawa pulang hadiah saguhati. Turut diberi hadiah adalah kepada pelajar-pelajar yang menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan pada Sambutan Kemerdekaan yang lepas.

Tahniah kepada semua!

Hadiah kepada pelajar Prasekolah


  













Hadiah Pertandingan Sempena Sambutan Kemerdekaan














Saturday, 5 September 2015

Jaringan Antara Sekolah Kluster Kecemerlangan 2015

4 September 2015 - Hari kedua di Paka, rombongan SKLJ bertamu pula di SK Paka 2. Perkongsian yang lebih tertumpu kepada pembangunan Kebitaraan Bola Tampar memandangkan SK Paka 2 lebih senior dalam pengurusan Sekolah Kluster Kecemerlangan kerana telah menerima pengiktirafan Kluster 2 tahun lebih awal dari SKLJ. Ini terbukti apabila dalam perlawanan persahabatan yang diadakan, pasukan bola tampar SKLJ agak sukar untuk menundukkan ketangkasan dan ketepatan pemain-pemain SK Paka 2. Apapun, ilmu yang dicari telah diperolehi. Semoga pasukan bola tampar SKLJ dibawah perhatian jurulatih Cikgu Zuraidhi akan lebih mantap di masa akan datang.

Terima kasih kepada pihak pengurusan SK Paka 2 dan semua yang terlibat.
















Lawatan Penanda Aras ke SK Seri Paka, Dungun, Terengganu

3 September 2015 - Jawatankuasa Sekolah Kluster Kecemerlangan SK Lembah Jaya telah mengadakan Lawatan Penanda Aras ke Sekolah Kebangsaan Seri Paka, Dungun bagi berkongsi maklumat aktiviti berkaitan Sekolah Kluster. Kebetulan pula, SK Seri Paka turut memilih Bahasa Inggeris sebagai Kebitaraan Kurikulum dan Bola Tampar sebagai Kebitaraan Ko-Kurikulum.

Ketibaan rombongan SKLJ pada pukul 2.30 petang yang diketuai oleh Guru Besar disambut meriah biarpun pihak SK Seri Paka baru sahaja selesai mengadakan majlis yang lain. Perkongsian ilmu berlangsung selama 1 jam sebelum rombongan dijamu dengan makanan dan juga buah buahan dan disertai dengan sesi bergambar kenangan.

Selepas waktu asar, perlawanan persahabatan antara pasukan bola tampar SKLJ bertemu dengan pasukan bola tampar SK Seri Paka telah diadakan yang menyaksikan kedua-dua pasukan masih memerlukan latihan yang lebih lagi untuk bersaing.

Setinggi-tingi terima kasih kepada pihak SK Seri Paka di atas layanan yang mesra. Semoga bertemu lagi.