Tuesday, 11 April 2017

Pertandingan YDSM Peringkat Zon Setiu Selatan

11 April 2017 - Pertandingan YDSM Peringkat Zon Selatan telah diadakan dengan SKLJ menjadi tuan rumah pada tahun ini. Disertai oleh 11 buah sekolah bagi peringkat zon selatan ini dan johan pada tahun ini dirangkul oleh SK Kg Rahmat diikuti oleh naib johan SK Lembah Jaya manakala tempat ketiga SK Kg Buloh.

Terima kasih kepada semua sekolah yang menyertai.






























Monday, 10 April 2017

MTQ Peringkat Zon Setiu Selatan

10 April 2017 - Bertempat di SK Bintang, Setiu, SKLJ telah menghantar peserta ke pertandingan MTQ Peringkat Zon Setiu Selatan.
Tahniah kepada semua peserta yang telah berjaya menyertai dan guru-guru yang telah membawa pulang keputusan yang agak membanggakan iaitu:

  1. Johan Hafazan Perempuan
  2. Johan Bercerita Perempuan
  3. No. 3 Tilawah Lelaki
  4. No. 4 bercerita Lelaki
Tahniah kepada semua dan semoga penyertaan tahun-tahun akan datang akan lebih membuahkan kejayaan lagi. Insyaallah.



Wednesday, 22 March 2017

Thursday, 16 March 2017

Sunday, 12 March 2017

Tuesday, 7 March 2017

Program Dasar Warga Emas Negara (DWEN)

7 Mac 2017 - Unit HEM SKLJ telah menganjurkan aktiviti tahunan bagi menyahut dasar kerajaan, DWEN yang melibatkan penglibatan murid-murid dan guru bersama warga emas dalam kalangan masyarakat sekitar sekolah.

Pada tahun ini, lokasi pelaksanaan adalah rumah warga emas yang berada di Kampung Buloh, Permaisuri, Setiu.