18 Mei 2017 - Temasya Sukan Tahunan SK Lembah Jaya telah berjaya dijalankan dengan lancar. Temasya Sukan ini telah diceriakan dengan kehadiran Tuan Haji Kipayatu Allah bin Dato Mohd Said, KPPD Setiu bagi menyempurnakan perasmiannya. Walaupun cuaca agak panas, namun peserta dan guru-guru telah berjaya mengharunginya dengan penuh semangat kesukanan. Tahniah kepada semua pemenang dan juga guru-guru yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan Temasya Tahunan ini.
Thursday, 18 May 2017
Wednesday, 17 May 2017
Sambutan Hari Guru 2017
16 Mei 2017
Hari mengenang jasa-jasamu,
Terima kasih ikhlas untukmu,
Yang rela berkorban selalu.
Semua pelajaran dan pesanan,
Untuk menyuluh masa depan,
Ingatlah..wahai kawan-kawan,
Guru selalu banyak berkorban.
A,B,C..kita diajar membaca,
1,2,3..kita diajar mengira,
Didikan diberi sehingga berjasa,
Jasa diberi tak akan dilupa.
Selamat Hari Guru untuk semua guru SKLJ khususnya dan guru seluruh Malaysia amnya. Pengorbanan kamu semua, tak mungkin dapat dibalas. Terima kasih cikgu!
Sekitar sambutan diperingkat Sekolah Kebangsaan Lembah Jaya.
Thursday, 20 April 2017
MTQ Peringkat Daerah
Alhamdulillah dan tahniah kepada adik Damia dan adik Syafiqah kerana telah terpilih menyertai pertandingan MTQ Peringkat Daerah yang mana Damia telah berjaya menjadi Johan bagi Hafazan Perempuan dan Syafiqah mendapat saguhati bagi kategori bercerita perempuan.
Tahniah juga kepada semua Ustaz dan Ustazah yang bertungkus lumus memberi tunjuk ajar kepada kedua-dua peserta.
Tahniah juga kepada semua Ustaz dan Ustazah yang bertungkus lumus memberi tunjuk ajar kepada kedua-dua peserta.
Wednesday, 19 April 2017
Perarakan Appresiasi Unit Beruniform
18 April 2017 - Unit Beruniform SKLJ yang terdiri daripada Pengakap, Tunas Pandu Puteri dan Puteri Islam telah berjaya mengadakan perarakan unit beruniform yang bermula dari sekolah dan berakhir di Padang Awam Sungai Tarom, Setiu. Perarakan yang disertai oleh semua anggota unit dan guru-guru pemimpin telah bermula pada pukul 3.30 dan berakhir pada 4.30 petang.
Tuesday, 11 April 2017
Pertandingan YDSM Peringkat Zon Setiu Selatan
11 April 2017 - Pertandingan YDSM Peringkat Zon Selatan telah diadakan dengan SKLJ menjadi tuan rumah pada tahun ini. Disertai oleh 11 buah sekolah bagi peringkat zon selatan ini dan johan pada tahun ini dirangkul oleh SK Kg Rahmat diikuti oleh naib johan SK Lembah Jaya manakala tempat ketiga SK Kg Buloh.
Terima kasih kepada semua sekolah yang menyertai.
Terima kasih kepada semua sekolah yang menyertai.
Monday, 10 April 2017
MTQ Peringkat Zon Setiu Selatan
10 April 2017 - Bertempat di SK Bintang, Setiu, SKLJ telah menghantar peserta ke pertandingan MTQ Peringkat Zon Setiu Selatan.
Tahniah kepada semua peserta yang telah berjaya menyertai dan guru-guru yang telah membawa pulang keputusan yang agak membanggakan iaitu:
Tahniah kepada semua peserta yang telah berjaya menyertai dan guru-guru yang telah membawa pulang keputusan yang agak membanggakan iaitu:
- Johan Hafazan Perempuan
- Johan Bercerita Perempuan
- No. 3 Tilawah Lelaki
- No. 4 bercerita Lelaki
Tahniah kepada semua dan semoga penyertaan tahun-tahun akan datang akan lebih membuahkan kejayaan lagi. Insyaallah.

































