26 Oktober 2015 - Prasekolah SK Lembah Jaya telah mengadakan lawatan ke Perkampungan Gajah dan Kenyir Waterpark di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu. Pelajar turut dibawa menaiki bot mengelilingi tasik.
Monday, 2 November 2015
Sunday, 1 November 2015
Spelling Competition National Level
17 Oktober 2015 - Unit Kebitaraan Bahasa Inggeris telah menghantar dua orang pelajar SKLJ bagi menyertai program Spelling Competition yang telah diadakan di SK Kuala Berang, Hulu Terengganu. Walaupun tidak berjaya memenangi mana-mana tempat, namun pengalaman yang dapat diceduk dari peserta-peserta lain amatlah berharga.
Saturday, 31 October 2015
Karnival Bola Tampar Sekolah Kluster Peringkat Kebangsaan 2015
Pada 16 dan 17 Oktober 2015, Jawatankuasa Kebitaraan Bola Tampar SK Lembah Jaya telah menyertai Karnival Bola Tampar Sekolah-Sekolah Kluster Kecemerlangan Peringkat Kebangsaan 2015 yang telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Parit Haji Adnan, Pontian, Johor.
Monday, 12 October 2015
Jaringan Antara Sekolah Kluster Kecemerlangan - SK Fikri Sungai Tong
8 Oktober 2015 - Jawatankuasa Kebitaraan Bola Tampar Sk Lembah Jaya bergerak lagi dalam menjayakan Jaringan Antara SKK. Kali ini pasukan bola tampar SKLJ mengunjungi SK Fikri Sungai Tong yang telah terkenal di daerah Setiu dalam permainan bola tamparnya. Dalam harapan agar setiap aspek permainan bola tampar SKLJ dapat dipertingkatkan lagi, kunjungan ini sememangnya telah mencapai objektif.
PROGRAM JARINGAN SKK - REVEALING THE BEAUTY OF ENGLISH 2015
7 Oktober 2015 - Jawatankuasa Kebitaraan Bahasa Inggeris SK Lembah Jaya dan Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Sultan Mizan, Besut telah bekerjasama menganjurkan program "Revealing The Beauty of English 2015" bertempat di SK Lembah Jaya.
Program yang bermula pada jam 8.00 pagi tersebut disertai oleh semua murid tahap 2 dan semua guru SKLJ dengan objektif bagi menggalakkan murid-murid menguasai kosa kata Bahasa Inggeris dengan menggunakan 'Big Book' dalam setiap aktiviti yang diadakan.
Program yang bermula pada jam 8.00 pagi tersebut disertai oleh semua murid tahap 2 dan semua guru SKLJ dengan objektif bagi menggalakkan murid-murid menguasai kosa kata Bahasa Inggeris dengan menggunakan 'Big Book' dalam setiap aktiviti yang diadakan.
Monday, 21 September 2015
15 September 2015 - Jaringan antara sekolah kluster kali ini membawa SK Lembah Jaya ke SK Dusun, Hulu Terengganu. Rombongan yang diketuai oleh Guru Penyelaras SKK Cikgu Che Daud Che Mat tiba di SK Dusun bagi mengadakan perlawanan persahabatan bola tampar antara kedua-dua sekolah dan bertukar-tukar pendapat bagi meningkatkan lagi mutu permainan bola tampar pasukan SK Lembah Jaya dan juga SK Dusun.





























