Tuesday, 14 February 2017
Monday, 13 February 2017
Kejohanan Bola Tampar MSSD Setiu 2017
12 Februari 2017 - Tahniah kepada pasukan bola tampar lelaki SKLJ yang telah menyertai Kejohanan Bola Tampar MSSD Setiu 2017 yang berlangsung di SMK Bukit Nenas, Setiu. Walaupun sekadar meraih tempat ketiga, tetapi usaha anda semua memang sangat dihargai. Teruskan latihan dan semoga semakin cemerlang di masa hadapan. Inshaallah.SKLJ Boleh!.
Monday, 6 February 2017
Johan Badminton MSSD Setiu 2017
5 February 2017 - Tahniah kepada adik Muhammad Adib Irfan dan adik Nur Dhia Durrani kerana telah berjaya menjadi johan lelaki dan johan perempuan dalam Kejohanan Badminton MSSD Setiu yang berlangsung di Dewan SMK Sains Setiu. Tahniah kerana terus menyumbangkan kecemerlangan kepada SKLJ.
Wednesday, 28 December 2016
Pendaftaran Pelajar Bagi Sesi 2017
29 Disember 2016 - Pendaftaran pelajar bagi sesi baru 2017 yang akan bermula pada 1 Januari 2017 telah diadakan di kantin SKLJ. Selamat datang kepada anak-anak pelajar tahun 1 dan juga prasekolah serta selamat kembali ke sekolah kepada pelajar-pelajar tahun 2,3,4,5 dan 6.
Cuti telah tamat. Selamat menempuhi tahun baru 2017 kepada semua warga SK Lembah Jaya. Semoga kehadiran tahun baru ini akan menjadi tahun kejayaan kepada kita semua. Inshaallah.











































