Profil

Sekolah Kebangsaan Lembah Jaya, Setiu
Mula ditubuhkan pada tahun 2004
Kategori Sekolah : Luar Bandar
Gred : B
Keluasan Kawasan : 10 Hektar
PKG : Permaisuri

BAND: 1

VISI SEKOLAH
Pendidikan berkualiti insan terdidik negara sejahtera

MISI SEKOLAH
Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara

MOTTO SEKOLAH
Bestari Teras Kegemilangan

ETOS
Keputusan Peperiksaan Awam (UPSR) Yang  Membanggakan Setiap Tahun Di Peringkat PKG, Daerah Dan Negeri

PIAGAM PELANGGAN
Kami warga  Sekolah Kebangsaan Lembah Jaya dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan memupuk seluruh tenaga dan usaha kami  Untuk :
  • Memastikan sistem pendidikan yang terdapat di sekolah ini akan memenuhi matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia
  • Memastikan kanak-kanak yang hadir di sekolah ini akan melalui pembelajaran berkesan  bermula dari pra sekolah hingga ke tahun enam
  • Memastikan semua staff berdedikasi, komited, berdisiplin, bertanggungjawab, produktif serta sentiasa ceria dalam melaksanakan tugas harian.
  • Memastikan kehendak-kehendak Kementerian Pelajaran, masyarakat, guru serta murid dapat dilaksanakan dengan baik serta bijaksana.
  • Memastikan segala maklumat terkini mengenai pendidikan dapat disebar dengan cepat, cekap dan betul.
  • Memastikan segala pendapat, cadangan serta teguran ibu bapa dan PIBG yang membina dapat dilayan dengan segera.
KEBITARAAN AKADEMIK
Bahasa Inggeris

KEBITARAAN KOKURIKULUM
Bola Tampar




































LENCANA SKLJ
PENERANGAN LENCANA


Motto Dalam Tulisan Jawi
 Bestari Teras Kegemilangan

Warna                      
Putih- Buku yang menggambarkan asas menulis dengan perkataan Iqra’
                        Kuning - Bentuk kubah yang menggambarkan mendokong
dan berlandaskan agama islam.
Biru - Bentuk empat segi penuh mewakili kesepaduan harmoni masyarakat dan ketenangan.
Merah – Taji tajam menggambarkan semangat juang tinggi.
Coklat – Warna daerah Setiu
Hitam – Pelengkap garisan

Logo Asas
Buku – Permulaan belajar dan permulaan persekolahan pada 4.1.2004.
Ijazah – Matlamat akhir penuh harapan untuk ke menara gading.
Papan Kekunci – Asas lompatan menuju era ICT

Abstrak
Kancil – Sekolah ini terletak di Kampung Pak Kancil dan melambangkan bestari anak watan menimba ilmu untuk kejayaan.
Lembah – Asal terletak di kawasan rendah dan berair

Hijau – Kaya dengan keliling flora dan fauna yang memberi ketenangan fikiran dan inspirasi.




PENERANGAN BENDERA
Lencana
Melambangkan Pengenalan Sekolah Yang Dipegang Teguh Dan  Menjadi Panduan Semua Tindakan Guru Dan Murid

Pelbagai Warna 
Mengibarkan Rasa Harmoni, Selesa, Aman Dan  Bertindak Dengan Penuh Kesederhanaan

Motto Sekolah
Keinginan Yang Terserlah Hebat Dan Bekerja Ke Arah Tahap Yang Paling Tinggi


Lagu Sekolah
Sekolah Kebangsaan Lembah Jaya
Mencatat sejarah negara
Merintis ilmu ke puncak jaya
Menjadi warisan negara
Bestari Teras Kegemilangan
Cogankata jadi pegangan
Budaya Iqra’ jadi amalan
Mulia akan diutamakan
Kami bangga jadi wargamu
Kan menjulang tinggi namamu
Kami berikrar dan berjanji
Mencurah tenaga dan bakti
Guru cemerlang murid gemilang
Menjana sekolah terbilang
Guru cemerlang murid gemilang
Menjana sekolah terbilang
Sekolah Kebangsaan Lembah Jaya
Akan terus maju jaya


1 comment:

  1. Terima kasih untuk maklumat diatas..dgn ini dapat digunakan dalam melengkapkan paper projek saya.
    Semoga sekolah Lembah Jaya sentiasa cemerlang, gemilang dan terbilang.

    ReplyDelete